Boleh dikatakan semua orang pada hari ini memakai wangian dari seawal
kanak-kanak hingga ke dewasa. Tetapi adakah anda memahami maksud wangian
anda? Terdapat pelbagai istilah yang digunakan didalam
mengkalisifikasikan jenis wangian. Di sini kami cuba menerangkan serba
sedikit jenis wangian yang ada di pasaran.
1.Perfume atau PARFUM (dalam bahasa Perancis) mengandungi
kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50% dan
menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Ia adalah sangat jarang
diperolehi di pasaran kerana harganya yang mahal. Kelebihannya, anda
cuma memerlukan sedikit semburan dan tahan 7-8 jam malah boleh tahan
lebih lama lagi bergantung kepada jenis kulit anda.
2.EAU DE PARFUM (EDP) mengandungi kandungan minyak wangian di
antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih
murah jika dibandingkan dengan jenis PARFUM di atas dan masih boleh
bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di
kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan,
di kawasan tepi leher, di dada, di lipatan siku, di belakang lutut dan
pergelangan kaki. Kebanyakan jenama terkenal menggunakan jenis EDP dan
hanya beberapa jenama sahaja yang menggunakan jenis PARFUM.
3.EAU DE TOILETTE (EDT) ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia
tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu
bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda.
Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de
parfum tetapi sebenarnya ia sangat berbeza dari segi ketahanan.
Rata-rata kebanyakan kita memakai wangian jenis EDT ini. Tetapi baunya
tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi. Kebanyakan wangian
jenama biasa juga menggunakan jenis EDT bagi wangian mereka.
4.Eau de Cologne merupakan pati perfume yang paling sedikit iaitu
sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini
untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling
kurang kepekatannya dan murah. Ia juga tidak bertahan untuk tempoh yang
lama dan biasanya digunakan sebagai semburan badan.

No comments:
Post a Comment