Monday, December 15, 2014
Bergamot sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi
KETAHUI KANDUNGAN WANGIAN ANDA
BERGAMOT..
Bergamot adalah tanaman citrus dan merupakan pilihan para pembuat minyak wangi sebagai salah satu bahan yg digunakan oleh mereka. Bergamot mempunyai rupa yang hampir menyerupai oren, kurang masam dari lemon. Nama saintifiknya ialah "Citrus Bergamia Risso".
Bagi pereka minyak wangi, Bergamot mempunyai ciri-ciri yang unik, ia dikatakan mempunyai kemampuan untuk menggabung dan mengikat aroma sehingga menjadi satu aroma yang sebati.
Bergamot boleh diekstrak menggunakan kulitnya yang diparut. Minyak bergamot mempunyai pelbagai khasiat.
1. Minyak ini boleh menghilangkan pigmentasi pada kulit dan ia mampu menghilangkan parut.
2.Mempunyai bau yang manis dan aroma buahnya dikatakan mampu menghilangkan tekanan dan ada yang menggunakan minyak bergamot ini sebagai mandian bagi mengurangkan ketegangan otot.
3. Minyak bergamot mampu membunuh bakteria, kerana itu banyak sabun, losyen dan produk kecantikan menggunakan bahan ini didalam penghasilan produk mereka.
4.Berkumur dengan air yang telah diletakkan beberapa titis minyak bergamot mampu membunuh kuman.
Antara minyak wangi yang menggunakan Bergamot sebagai bahan campuran mereka ialah
1.Gucci for women
2.Bvlgari
3.Shalimar Guerlain for women
4.Eau Sauvage Christian Dior
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment