Monday, June 1, 2015

Minyak wangi.. jangan syok sendiri


Kebanyakan dari kita menyangka pemilihan minyak wangi atau perfume tidak penting, mana yang wangi  itulah pilihan kita. Tapi anda salah..

Adakah anda menyangka wangian yang anda pilih itu memberi keselesaan kepada orang sekeliling anda? adakah anda menyangka ia tidak mempunyai kaitan?

Contoh mudah. sewaktu anda masuk pejabat, bila ada teman anda menggunakan aroma yang segar maka anda akan terjaga dan menjadi lebih bertenaga.Sekiranya teman anda datang dan berbau aroma yang memeningkan, ia akan mempengaruhi mood anda juga.

Apa yang kami sarankan, anda pilihlah haruman yang anda sukai tetapi sesuaikan dengan keperibadian, tempat dan kerjaya anda. Pilihlah wangian yang mempunyai kualiti bauan, bukan hanya memilih wangian yang tahan paling lama tetapi anda mengabaikan harumannya.

Yang penting, haruman yang wangi, dan melambangkan keperibadian anda, sekiranya haruman tersebut tidak mampu untuk bertahan sehingga waktu yang anda inginkan, dapatkan botol yang kecil sebagai penyelamat.

No comments:

Post a Comment