Tuesday, June 2, 2015

tips terbaik untuk memilih perfume






1. Kenali diri anda
Yang paling penting, hanya anda yang mengetahui diri anda, jenis anda
adakah anda seorang yang cepat berpeluh?
adakah anda bekerja dalam pejabat atau luar pejabat?
adakah anda mempunyai alahan pada sesuatu bau?
dan banyak lagi.. tapi semua persoalan ini hanya anda sahaja yang tahu jawapannya.

2.Kenali aroma kesukaan anda
Setiap wangian akan ada aroma asasnya, adakah anda seorang yang sukakan aroma berasaskan bunga atau flora, atau rempah atau kayu. Inilah cara asas untuk mengetahui anda menyukai wangian yang bagaimana.

3. Berikan masa untuk anda memahami wangian
Sekiranya anda diberi wangian cubaan dari mana-mana pusat membeli belah, cuba anda fahami wangian tersebut. Pada semburan pertama anda menyukai wangian tersebut, sabar dulu...kerana bau yang terhasil saat disemburkan dipanggil "Top Notes".
-Beberapa minit kemudian anda akan dapati bau itu berubah sedikit kerana apa yang anda bau pada waktu itu ialah 'middle notes'
-Sejam atau 2 jam kemudian anda akan dapat merasai bau 'based notes'

sekiranya anda berpuashati dengan bau yang terhasil pada semua masa tersebut anda telah memilih wangian yang sesuai.

No comments:

Post a Comment