Tuesday, June 2, 2015
tips terbaik untuk memilih perfume
1. Kenali diri anda
Yang paling penting, hanya anda yang mengetahui diri anda, jenis anda
adakah anda seorang yang cepat berpeluh?
adakah anda bekerja dalam pejabat atau luar pejabat?
adakah anda mempunyai alahan pada sesuatu bau?
dan banyak lagi.. tapi semua persoalan ini hanya anda sahaja yang tahu jawapannya.
2.Kenali aroma kesukaan anda
Setiap wangian akan ada aroma asasnya, adakah anda seorang yang sukakan aroma berasaskan bunga atau flora, atau rempah atau kayu. Inilah cara asas untuk mengetahui anda menyukai wangian yang bagaimana.
3. Berikan masa untuk anda memahami wangian
Sekiranya anda diberi wangian cubaan dari mana-mana pusat membeli belah, cuba anda fahami wangian tersebut. Pada semburan pertama anda menyukai wangian tersebut, sabar dulu...kerana bau yang terhasil saat disemburkan dipanggil "Top Notes".
-Beberapa minit kemudian anda akan dapati bau itu berubah sedikit kerana apa yang anda bau pada waktu itu ialah 'middle notes'
-Sejam atau 2 jam kemudian anda akan dapat merasai bau 'based notes'
sekiranya anda berpuashati dengan bau yang terhasil pada semua masa tersebut anda telah memilih wangian yang sesuai.
Monday, June 1, 2015
Minyak wangi.. jangan syok sendiri
Kebanyakan dari kita menyangka pemilihan minyak wangi atau perfume tidak penting, mana yang wangi itulah pilihan kita. Tapi anda salah..
Adakah anda menyangka wangian yang anda pilih itu memberi keselesaan kepada orang sekeliling anda? adakah anda menyangka ia tidak mempunyai kaitan?
Contoh mudah. sewaktu anda masuk pejabat, bila ada teman anda menggunakan aroma yang segar maka anda akan terjaga dan menjadi lebih bertenaga.Sekiranya teman anda datang dan berbau aroma yang memeningkan, ia akan mempengaruhi mood anda juga.
Apa yang kami sarankan, anda pilihlah haruman yang anda sukai tetapi sesuaikan dengan keperibadian, tempat dan kerjaya anda. Pilihlah wangian yang mempunyai kualiti bauan, bukan hanya memilih wangian yang tahan paling lama tetapi anda mengabaikan harumannya.
Yang penting, haruman yang wangi, dan melambangkan keperibadian anda, sekiranya haruman tersebut tidak mampu untuk bertahan sehingga waktu yang anda inginkan, dapatkan botol yang kecil sebagai penyelamat.
Saturday, May 9, 2015
Tempahan perkahwinan
Bagi menghargai pelanggan kami, kami juga telah menyediakan door gift bagi anda semua dengan harga yang sangat mampu milik. Dengan pilihan sebanyak 59 jenis perfume anda boleh memilih wangian kegemaran anda dan wangian yang menggambarkan hari bahagia anda.
Jadikan majlis perkahwinan anda akan sentiasa diingati dan harumkan perkahwinan anda dengan haruman kami yang diinspirasi dari jenama-jenama terkenal.
Mengapa perlu memberikan cendermata yang sama sahaja? jadikan cenderamata anda berbeza dari yang lain pada harga yang sangat berbaloi,, sebelum ini orang tak peduli dengan door gift, sekarang tetamu akan berebut untuk memilih wangian kesukaan mereka.

Monday, December 15, 2014
Bergamot sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi
KETAHUI KANDUNGAN WANGIAN ANDA
BERGAMOT..
Bergamot adalah tanaman citrus dan merupakan pilihan para pembuat minyak wangi sebagai salah satu bahan yg digunakan oleh mereka. Bergamot mempunyai rupa yang hampir menyerupai oren, kurang masam dari lemon. Nama saintifiknya ialah "Citrus Bergamia Risso".
Bagi pereka minyak wangi, Bergamot mempunyai ciri-ciri yang unik, ia dikatakan mempunyai kemampuan untuk menggabung dan mengikat aroma sehingga menjadi satu aroma yang sebati.
Bergamot boleh diekstrak menggunakan kulitnya yang diparut. Minyak bergamot mempunyai pelbagai khasiat.
1. Minyak ini boleh menghilangkan pigmentasi pada kulit dan ia mampu menghilangkan parut.
2.Mempunyai bau yang manis dan aroma buahnya dikatakan mampu menghilangkan tekanan dan ada yang menggunakan minyak bergamot ini sebagai mandian bagi mengurangkan ketegangan otot.
3. Minyak bergamot mampu membunuh bakteria, kerana itu banyak sabun, losyen dan produk kecantikan menggunakan bahan ini didalam penghasilan produk mereka.
4.Berkumur dengan air yang telah diletakkan beberapa titis minyak bergamot mampu membunuh kuman.
Antara minyak wangi yang menggunakan Bergamot sebagai bahan campuran mereka ialah
1.Gucci for women
2.Bvlgari
3.Shalimar Guerlain for women
4.Eau Sauvage Christian Dior
Wednesday, November 26, 2014
Acqua Di Gio Giorgio Armani perfume
Minyak wangi keluaran Giorgio Armani pada tahun 1996 ini adalah salah satu best seller dan yang paling popular di masanya. Walau pun telah dikeluarkan pada 1996 tapi ia tetap menjadi pilihan ramai lelaki maskulin. Walaupun sudah belasan tahun yang lalu sejak di keluarkan, parfum ini tetap di minati banyak orang. Acqua Di Gio mempunyai aroma yang ringan dan sangat sesuai dikenakan pada bila-bila masa.
Apabila disemburkan di badan anda, aroma Bergamot dan Lemon akan meliputi tubuh anda. Bagi anda yang baru ingin mengenali dan mengenakan wangian berjenama, Acqua Di Gio adalah pilihan yang sesuai dan selamat kerana hampir semua wanita menyukai wangian ini.
Top notes : Bergamot, Lemon, Mandarin Lime
Middle notes : Coriander, Persimmon fruits, Marine notes
Base notes : Cedar, Patchouli, White Musk
Tonton promo Acqua Di Gio Giorgio Armani perfume
Tuesday, November 25, 2014
Botol 15ml
Bagi memenuhi kehendak pelanggan, kami menyediakan botol yang menarik bagi 15ml.
pilih saja jenis wangian yang anda sukai..
Tuesday, November 18, 2014
KATEGORI WANGIAN
Boleh dikatakan semua orang pada hari ini memakai wangian dari seawal
kanak-kanak hingga ke dewasa. Tetapi adakah anda memahami maksud wangian
anda? Terdapat pelbagai istilah yang digunakan didalam
mengkalisifikasikan jenis wangian. Di sini kami cuba menerangkan serba
sedikit jenis wangian yang ada di pasaran.
1.Perfume atau PARFUM (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50% dan menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Ia adalah sangat jarang diperolehi di pasaran kerana harganya yang mahal. Kelebihannya, anda cuma memerlukan sedikit semburan dan tahan 7-8 jam malah boleh tahan lebih lama lagi bergantung kepada jenis kulit anda.
2.EAU DE PARFUM (EDP) mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan jenis PARFUM di atas dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada, di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Kebanyakan jenama terkenal menggunakan jenis EDP dan hanya beberapa jenama sahaja yang menggunakan jenis PARFUM.
3.EAU DE TOILETTE (EDT) ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum tetapi sebenarnya ia sangat berbeza dari segi ketahanan. Rata-rata kebanyakan kita memakai wangian jenis EDT ini. Tetapi baunya tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi. Kebanyakan wangian jenama biasa juga menggunakan jenis EDT bagi wangian mereka.
4.Eau de Cologne merupakan pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan murah. Ia juga tidak bertahan untuk tempoh yang lama dan biasanya digunakan sebagai semburan badan.

Subscribe to:
Comments (Atom)